Perdana Menteri baru-baru ini (pagi tadi) telah mengumumkan pesawat yang hilang ini telah dapat dikesan dan berada di luar negara kita.
Ramalan ini telah saya kata dahulu bahawasanya kapal terbang ini berada di sebuah pulau, di pulau mana tidak dapat kita ketahui tapi hari ini (ramalan) saya itu telah menjadi kenyataan katanya kepada SuaraTV sebentar tadi
Ibrahim turut berkata kesemua serpihan yang ditemui yang ditemui di Pulau Reunion pada 29 Julai itu adalah sah milik MH370.
Bila cerita pasal kapal terbang (objek) yang ditemui ini banyak orang bergurau senda (mengenai penemuan tersebut).
Tapi perkara ini berdasarkan kaedah tradisional yang saya tengok (teropong) objek yang ditemui itu adalah betul dan milik pesawat MH370 katanya ketika melakukan ritual ringkas terhadap penemuan tersebut.
Pengamal perubatan traditional itu turut menyelar tindakan sesetengah masyarakat yang mencemuh dan memperkecil-kecilkan usaha yang dilakukan olehnya sebelum ini.
Kebanyakan bila saya (buat ritual) dan keluar kenyataan dahulu, ada yang mencerca termasuk pejabat Mufti dan pejabat agama. (pelbagai gelaran diberikan) sonsang, sesat, tak betul dan macam-macam lagi.
Kita (masyarakat) hanya pandai mengata, pandai menghina tapi kita sebenarnya tidak tahu. Saya minta pada yang caci dan menghina saya dahulu, akan datang nanti jangan lagi tohmah saya dengan perkara yang tnidak sihat bidasnya.
Beliau turut menjelaskan, amalan bomoh dan perubatan tradisional ini adalah merupakan kerja turun temurun keluarga sejak dari zaman moyangnya.
Menurut Ibrahim, pihaknya akan mengadakan satu lagi ritual tidak lama lagi bagi membantu usaha mengesan saki baki objek pesawat tersebut. -Sumber
Sudah la tok ooi ... dh tua tua pun masih lg nak nama ka.. nampak kononnya mcm ikhlas tp ini bkn ikhlas tp giler nama atau pangkat smpai lupa dh tua masih amalkan khurafat.. ingat kubur kata mari... rumah kata pergi... insafkan diri sblum mnyergah diri... Astaqfirullah alaziim...
ReplyDelete