Malah Fizz juga percaya sekalipun dia menafikan akaun WeChat itu bukan miliknya pasti ada yang akan melihat dirinya seperti cuba menipu.
"Kalau saya nak buat jahat sudah lama saya lakukan. Tapi niat saya saya berkawan itu perkara normal. Mulut saya sendiri ramai yang orang tahu jenis cakap lepas dan jahat. Saya sudah ada isteri dan anak, tak payahlah kot nak mereka cerita sebegini.
"Saya juga tak kisah orang nak kata dan pandang apa kepada saya. Memang ada yang tak kena mengena pun cuba nak mewujudkan unsur provokasi bukan bukan apabila timbul isu sebegini.
"Tak guna juga saya berlawan dengan orang yang hanya tahu mencari salah dan menjatuhkan hukuman sesuka hati. Lantaklah nak kata apa. Saya cakap ya atau tidak pun pasti akan ada yang kata saya sebaliknya.
Kalau saya buat salah, tak mungkin saya akan sewenang-wenangnya angkat panggilan telefon wartawan. Jadi memang tak ada apa yang nak saya sembunyikan," katanya yang kini sedang melunaskan baki penggambaran filem Hantu Rumah Sakit Jiwa arahan Michael Ang di samping Syarul Ridzwan, Abam Bocey, Emma Maembong, Sharifah Sakinah, Normah Damanhuri dan Azhan Rani. Fizz dalam perkembangan lain turut teruja kerana namanya bolos dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) kali ke-27. - BH
0 Response to "Terkini !! Respon Fizz Fairuz Isu WeChat..Goda Fara Mendoza."
Post a Comment